Keluarga Iman

Sunday, August 31, 2008

Haha.. just for fun.. cute jugak

Pyzam Family Sticker Toy

Saturday, June 14, 2008

Pengenalan keluarga Iman


Ini adalah gambar hari perkahwinan kami. Saya, Imaduddin, atau di rumah, biasanya dipanggil Iman. Isteri saya, Siti Rahayu, manjanya dipanggil Ayu.
Kami diijabkabulkan pada 25/11/2006, di Masjid Nurul Iman, Kampung KebunBaru Batu 10, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Maka, bermulalah episod pertama dalam hidup saya sebagai suami dan secara rasminya, saya punya keluarga sendiri, keluarga Iman.
Kedua-dua kami adalah tenaga pengajar, aka cikgu di sekolah. Saya mengajar di Sekolah Menengah TElok Panglima Garang sebagai guru matematik dan matematik tambahan, manakala isteri pula di Sekolah Kebangsaan Batu Laut sebagai guru agama Islam dan bahasa Arab (JQAF)
Pada kala ini, kami menumpang berteduh di Taman Kemuning, Banting, dengan bayaran sewa yang ok la, dengan tujuan supaya jarak perjalanan ke tempat kerja tidak membebankan sangat. Lagi pun, inilah peluang kami untuk belajar hidup berdikari setelah mempunyai keluarga sendiri.
Dalam masa 6 bulan lagi, InsyaAllah, keluarga kami akan menerima seorang lagi keahlian Keluarga Iman, dan saya akan mendapat pangkat Papa! Huhuhu.

About Me